Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia

Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia


Serdang 24/3/2015 - Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) telah menganjurkan majlis himpunan Sang Sapurba Segayong di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). YAB. Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Imam Khalifah Agong Seni Pusaka Gayong Malaysia telah hadir sebagai tetamu kehormat.




PSSPGM telah diasaskan oleh YM. Dato’ Abd. Majid Bin Raja Mat Isa. Beliau dilahirkan pada 31 Disember 1939 di Kampung Guar Nenas, Gurun, Kedah. Merupakan anak ke-6 dari tujuk adik beradik dan mula berkecimpung dalam dunia persilatan pada tahun 1956 di bawah bimbingan Guru Meor Abdul Aziz. Jurulatih yang diamanahkan untuk mengajar beliau ialah Cikgu Ismail Mansor.

Majlis telah diserikan dengan persembahan ‘Pentomen Khas’ oleh anak-anak Gayong dari Gelanggang Gurun Pusat, Kedah serta Artis dari Koseni dan Jabatan Penerangan Malaysia.


Tarikh Input: | Kemaskini: | gundala80

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEaGA4~