Suaramu Anak Malaysia | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Suaramu Anak Malaysia

Suaramu Anak Malaysia



Serdang  -  Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM telah mengadakan Program Suaramu Anak Malaysia pada 14 September 2019 (Sabtu) bertempat di  Dewan Besar, PKKSSAAS  UPM, Serdang  bermula jam 8.30 malam.

Antara pengisian program adalah peringkat-peringkat akhir  Pertandingan  Pidato Negaraku, Pertandingan Deklamasi Sajak dan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik.  Peringkat-peringkat saringan dan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang  telah diadakan pada 10 September 2019.  Semua pemenang diumumkan di malam peringkat akhir.

Program disulami dengan persembahan-persembahan kebudayaan lain termasuk dari Band Putra, Staf, Pelajar dan Band Pelajar UPM. Penampilan istimewa adalah dari artis jemputan Tajul dan Aris Ariwatan.


Senarai pertandingan dan pemenang adalah seperti berikut :

  1. Kibar Jalur Gemilang
    i) Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM.
    ii) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM.
    iii) Fakulti Kejuruteraan, UPM.

  2. Nyanyian Lagu Patriotik
    i) Shahrul Hafiszie bin Zainol dari Hospital Pengajar UPM.
    ii) Muhammad Yusof Saufi bin Nur Azman dari Hospital Pengajar UPM.
    iii) Mohd Zuhair bin Mohd Nor dari Fakuti Kejuruteraan, UPM.

  3. Deklamasi Sajak
    i) Mohd Hafiz bin Ghazali dari Pusat Islam, UPM.
    ii) Rahimah binti Hamdan dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.
    iii) Noraini binti Abdullah dari Pejabar Bursar, UPM.

  4. Pidato
    i) Prof. Madya Dr. Norazlina binti Mohd Kiram dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.
    ii) Syafiq Hariz bin Mohd Hanafiah dari i-PUTRA, UPM.
    iii) Cik Rabiatul Aduwiyah binti Shuib dari Fakulti Pertanian, UPM.

 

Tarikh Input: 24/09/2019 | Kemaskini: 01/10/2019 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEZUAT~