Terapi Muzik PKKSSAAS 2016 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Terapi Muzik PKKSSAAS 2016

Terapi Muzik PKKSSAAS 2016


Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM, menganjurkan aktiviti TERAPI MUZIK “LIVE BAND DAN KARAOKE” pada tarikh setiap hari Rabu mulai jam 5.30 petang hingga 7.00 petang (bergantung kepada kekosongan penggunaan Dewan Besar) bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM.

Aktivti Terapi Muzik “Live Band dan Karaoke” bertujuan sebagai alternatif rawatan moden untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal melalui muzik. Disamping memberi ruang dan peluang kepada warga kampus UPM (Pelajar dan Staf) menonjolkan bakat di dalam bidang nyanyian dan bermain muzik.






Syarat penyertaan adalah seperti berikut:

1. Penyertaan dibuka kepada seluruh warga kampus UPM (Pelajar dan Staf) sahaja

2. Tidak dibenarkan membawa lagu atau muzik yang  berunsur Rock/Black Metal

3. Peserta dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan Universiti

4. Peserta haruslah berpakaian kemas, sopan dan bersesuaian dengan keadaan serta  tidak menjolok mata.

 

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah terus berhubung dengan Encik Mohd Khairul Zainal Abidin@KD ditalian 03-8946 7527 atau emelkan kepada za_khairul@upm.edu.my.

Sekian terima kasih.


Tarikh Input: | Kemaskini: | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
+603 - 9769 7328
C1575630891