Town Hall Session YB Syed Saddiq | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Town Hall Session YB Syed Saddiq

Town Hall Session YB Syed Saddiq

PKKSSAAS, UPM – 9 Mac 2019, berlangsungnya program “Town Hall Session” oleh YB Menteri di Universiti Putra Malaysia.  Program yang dianjurkan oleh Akademi Sukan, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) menampilkan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Menteri Belia dan Sukan mengenai "Belia dan Kepimpinan Sukan ".

Melihat kepada pentingnya pengurusan sukan bermula dari universiti, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan Sesi Townhall bersama Menteri YB Syed Saddiq dengan mengupas tajuk belia dan kepimpinan sukan.

Kepimpinan sukan terutamanya yang melibatkan pentadbiran persatuan sukan di setiap peringkat bermula dari sekolah hingga ke peringkat kebangsaan. Justeru itu UPM melalui Akademi Sukan dan Hal Ehwal Pelajar dan Alummi terpanggil membicarakan isu kepimpinan dalam sukan untuk mengsejahterakan lagi pengurusan sukan di peringkat tertinggi.


Kolaborasi MSN dengan UPM tidak asing sejak dahulu lagi, UPM merupakan universiti terawal yang membantu atlet negara dalam Program Malaysia Athlete Career and Education (MACE) dan jalinan ini akan diteruskan.

KBS sentiasa menyokong perlaksanaan sesi townhall seperti ini, ia dapat membantu menjalinkan hubungan yang baik dengan IPTA/IPTS tempatan dan dapat berkongsi idea, memberi pendapat dan buah fikiran golongan belia terus kepada penambah baik pentadbiran kementerian.

Turut hadir ke Sesi Townhall UPM ialah Naib Cancelor UPM, Ybhg. Prof Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris, Tim Naib Cancelor UPM, Bekas Atlet Negara dan ramai lagi.

Tarikh Input: 12/03/2019 | Kemaskini: 03/04/2019 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEaGAv~