Kelab Caklempong Putra | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» KELAB KESENIAN » Kelab Caklempong Putra

Kelab Caklempong Putra

Dikenali dengan nama Kumpulan Tak Lempong Putra Malaysia telah wujud dan ditubuhkan sejak tahun 1986 yang terdiri dari kalangan staf dan pelajar UPM. Usaha gigih bagi menghidup dan mempopularkan muzik Caklempong ini telah diusahakan oleh Tuan Hj. Mahmud Hj. Abdullah selaku Pegawai Tadbir di Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM ketika itu, manakala tenaga pengajar ialah Encik Ali Rashid.Pada peringkat awal kewujudan sememangnya mendapat tentangan dan kritikan hebat kerana kumpulan ini cuba mengenengahkan gabungan alat Caklempong dengan peralatan muzik moden bagi menyesuaikan muzik Caklempong dengan peredaran masa.

Kumpulan Tak Lempong UPM pada ketika itu pernah menjadi anak angkat kepada Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia dan Kumpulan ini telah mencipta sejarah di mana merupakan satu-satunya IPTA pertama yang dikenali dengan Kumpulan Muzik Caklempong.Asas penubuhan  dianggotai oleh staf UPM seramai (10) sepuluh ahli.Pada tahun 2011 nama Kumpulan Tak Lempong telah ditukarkan dengan nama Kelab Caklempong Uniputra. Kelab ini telah mendapat keanggotaan seramai 32 (tiga puluh dua) keahlian.

 Kelab Caklempong Uniputra kini kian aktif dengan menerima undangan majlis-majlis rasmi UPM, yang penuh berprestij  seperti Majlis Konvokesyen UPM. Selain itu juga menerima undangan dalam Majis Perkahwinan , Majlis Pelancaran, Majlis Makan Malam serta terlibat dalam program PKKSSAAS.Kelab Caklempong Uniputra juga bergiat aktif dalam mengadakan lawatan sambil belajar untuk mendalami serta menghayati penghasilan peralatan muzik caklempong di Medan, Indonesia.

KLIK UNTUK BOOKLET PKKSSAAS


 

 

Kemaskini:: 27/06/2019 [kamarulhelmy]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566749010