Kelab Gamelan Seni Alun Putra | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» KELAB KESENIAN » Kelab Gamelan Seni Alun Putra

Kelab Gamelan Seni Alun Putra

Kelab Gamelan Seni Alun Putra ditubuhkan pada 2 Julai 2009 dengan keahlian seramai (9) sembilan orang ahli yang terdiri daripada staf UPM sendiri. Pada awal penubuhannya kelab gamelan hanya diberi latihan hanya seminggu sekali tanpa ada sebarang permintaan tempahan perkhidmatan kebudayaan. Setelah enam (6) bulan diberi latihan kumpulan ini mendapat tempahan yang pertama pada 8 Februari 2010 bagi Lawatan Menteri Pertanian Asas Tani ke UPM.

 Sehingga kini kelab ini mendapat kepercayaan, ruang dan peluang melalui tempahan dari UPM dan luar UPM. Di antara program yang pernah diundang adalah seperti Majli Rasmi UPM iaitu Gemilang Akademia Putra, Majlis Gemilang Putra UPM, Majlis Konvokesyen UPM, Lawatan Canselor keUPM, Program Selangkah Ke Universiti, Program Gema Budaya Dan Warisan, Majlis Penyampaian Hadiah KIK, Majlis Anugerah Akademik Negara (AAN) 2009 & 2010, Program Amal Seni Kreatif 2012 dan 2013, Majlis Konvokesyen Kolej Automotif dan majlis tidak rasmi seperti Majlis Perkahwinan dan Majlis Makan Malam.

 KLIK UNTUK BOOKLET PKKSSAAS

 

Kemaskini:: 27/06/2019 [kamarulhelmy]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566748999