Aktiviti Kami | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» MENGENAI KAMI » Aktiviti Kami

Aktiviti Kami

PKKSSAAS berperanan sebagai entiti yang diamanahkan untuk merancang dan mengendalikan program yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian khususnya kepada masyarakat kampus dan negara pada amnya.

Antara aktiviti-aktiviti kebudayaan  dan  kesenian  yang  telah  dianjurkan ialah:- 

1.0       PENUBUHAN KUMPULAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

  • Tarian
  • Caklempong
  • Gamelan
  • Dikir Barat
  • Teater
  • Band Moden
  • Muzik Asli
  • Tetuang
  • Kompang

 

Aktiviti  ini  diadakan  adalah  sebagai  satu  usaha   PKKSSAAS untuk  mencungkil  bakat baru dari kalangan  staf.

2.0       PENGANJURAN PROGRAM KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

PKKSSAAS sentiasa komited dalam menganjurkan program-program kebudayaan dan kesenian bagi mencapai matlamat iaitu mengekal dan mengembangkan kebudayaan dan kesenian, memperbanyakkan aktiviti seni budaya ke segenap lapisan warga kampus dan masyarakat, menyebarkan maklumat seni budaya kepada orang awam dalam dan luar Negara, menyediakan kemudahan prasarana seni dan budaya yang kondusif dan khidmat nasihat kepada warga kampus dan masyarakat setempat.

Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah:

  • Kilauan Putra
  • Karvinal Seni Bela Diri
  • Amal Seni Kreatif
  • Suara Mu Malaysia
  • The True of Colour’s (Karnival Kebudayaan dan Kesenian)
  • Kursus Pencahayaan Pentas dan Audio Sistem
  • Malam Amal Sejuta Suara

Kemaskini:: 05/10/2018 [akma]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566196219