Latar Belakang | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» MENGENAI KAMI » Latar Belakang

Latar Belakang

Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) telah siap dibina pada tahun 1978. Pada awalnya PKKSSAAS hanya dikenali sebagai Dewan Besar UPM dan diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Perkhidmatan Am, Pejabat Pendaftar. Fungsi utama Dewan Besar UPM ketika itu adalah untuk menyediakan kemudahan bagi semua acara universiti seperti Majlis Konvokesyen, dewan peperiksaan, pameran, persidangan,  seminar, pertandingan badminton antara Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan aktiviti persatuan pelajar.

PKKSSAAS telah dirasmikan pada 25 April 1996 oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, Sultan Selangor. Di atas keprihatinan baginda terhadap seni dan budaya tanah air, maka Pihak Pengurusan Universiti telah mengambil inisiatif mengabadikan PKKSSAAS dengan nama baginda.

PKKSSAAS berperanan sebagai sebuah pusat kebudayaan dan kesenian yang unggul dalam menyumbang kepada pembangunan insan khususnya kepada masyarakat kampus dan Negara pada amnya. Di samping itu, PKKSSAAS adalah merupakan sebuah entiti yang dipertanggungjawabkan untuk menjadi medium bagi berlangsungnya apa jua majlis dan program anjuran universiti secara khasnya. Di antara fungsi utama PKKSSAAS ialah:

 

  • Mengurus tempahan prasarana Dewan Besar dan Panggung Percubaan bagi semua aktiviti majlis rasmi dan tidak rasmi universiti dan luar universiti,
  • Mengurus tempahan khidmat kumpulan kebudayaan dan kesenian
  • Merancang, melaksana dan memantau kegiatan kebudayaan dan kesenian di UPM sesuai dengan hasrat  universiti untuk menjadi pusat kebudayaan dan kesenian yang unggul;
  • Menyediakan pakar-pakar rujuk dan bimbingan dalam bidang kebudayaan dan kesenian.

 

Kemaskini:: 11/08/2017 [akma]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566194885