Konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kali Ke-10 | SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
» NEWS » Konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kali Ke-10

Konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kali Ke-10


Serdang 20 Ogos 2019 -  Institut Pendidikan Guru, KPM telah mengadakan majlis konvokesyen kali ke-10  di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM).  Ini adalah julung-julung kali IPG mengadakan majlis konvokesyen di UPM dengan tawaran pakej menarik dari pengurusan PKKSSAAS.


Majlis yang mengandungi 6 sidang itu telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 20 - 22 Ogos 2019.  Sidang pertama telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha KPM yang mewakili YB Menteri Pendidikan Malaysia.

Seramai 4,803 graduan yang terdiri daripada graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (PDPLI) dan Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) telah menerima penganugerahan mereka di majlis tersebut.

Date of Input: 23/08/2019 | Updated: 23/08/2019 | akma

MEDIA SHARING

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
+603 - 9769 7328
C1568928205