Menganjurkan Kursus Asas Seni Muzik - Gitar | SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
» NEWS » Menganjurkan Kursus Asas Seni Muzik - Gitar

Menganjurkan Kursus Asas Seni Muzik - Gitar

 

SERDANG, 5 Oktober - Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) telah menganjurkan Kursus Asas Seni Muzik Siri 1 yang memfokuskan kepada pengenalan dan asas bermain Gitar (Kursus Asas Gitar) bagi tahun 2020.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas seni muzik kepada semua staf PKKSSAAS dan penyertaan juga terbuka kepada sepuluh (10) peserta dari entiti lain dalam UPM yang berminat untuk mempelajari teknik bermain gitar.

 

 
 
 

 

Penyelaras Latihan, Encik Mohd Khairul Zainal Abidin berkata, pendekatan yang digunakan dalam Kursus Asas Gitar berupaya menarik minat peserta untuk mendalami seni muzik.

Katanya, sistem pelajaran adalah mudah dipelajari dan diikuti dengan penggunaan alat bantuan yang disediakan dan sekali gus kursus ini dapat mengembangkan bakat dan potensi peserta.

 

 
 
 
 
 
 

 

PKKSSAAS telah melantik Encik Mohd Ali Abu Bakar sebagai pengajar kursus ini dan beliau mempunyai pengalaman bermain gitar selama 29 tahun. Beliau pernah menganggotai kumpulan muzik Copero-Viper sebagai pemain gitar utama.


Date of Input: 06/10/2020 | Updated: 12/10/2020 | akma

MEDIA SHARING

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXDcUAn~