PKKSSAAS Towards EKSA Culture | SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
» NEWS » PKKSSAAS Towards EKSA Culture

PKKSSAAS Towards EKSA Culture

Oleh    : Muhamad Risanuddin Fahmy      

SERDANG – Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) telah menggerakkan inisiatif untuk melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) EKSA apabila usaha tersebut dipersetujui oleh seluruh warganya melalui mesyuarat yang diadakan pada 8 Januari 2020 yang lalu.


Timbalan Pengerusi EKSA PKKSSAAS, Encik Muhamad Risanuddin Fahmy Bin Mohd Nasir berkata, objektif utama amalan ini diterapkan di PKKSSAAS ialah bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan memberi ciri-ciri tambah nilai kepada imej korporat PKKSSAAS.

“Selaras dengan penjenamaan semula pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang akan dikuatkuasa pada bulan Januari tahun 2021, saya berharap sekurang-kurangnya 50% ruang di PKKSSAAS mengamalkan amalan EKSA bagi tahun permulaan ini”



“Pembudayaan amalan EKSA ini adalah selari dengan matlamat universiti terutamanya dalam usaha untuk merealisikan pengamalan proses, pendekatan dan budaya berteraskan ciri inovatif dan kreatif dalam perkhidmatan, dan sekaligus menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan”, katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa EKSA PKKSSAAS baru-baru ini.

Untuk meningkatkan pengetahuan Staf PKKSSAAS bagi melaksanakan EKSA, satu lawatan perkongsian ke CEM telah diadakan pada 18 Februari yang lalu. Lawatan ini merupakan usaha berterusan PKKSSAAS untuk mendapatkan maklumat, memberi pendedahan kepada staf dan membuat pemerhatian khusus terhadap aktiviti EKSA yang dijayakan oleh PTJ berkaitan.

Inisiatif membudayakan amalan EKSA ini akan dipantau sepanjang tahun berdasarkan pelan perancangan yang telah dipersetujui dan PKKSSAAS juga menjangkakan dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan terutamanya dalam penilaian penarafan bintang pengurusan pentadbiran sempena Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan UPM 2020.

 

Date of Input: 12/06/2020 | Updated: 16/06/2020 | akma

MEDIA SHARING

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
+603 - 9769 7328
C1596869824