SK Seksyen 7 Anjur Majlis Graduasi Tahun 6 | SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
» NEWS » SK Seksyen 7 anjur majlis graduasi Tahun 6

SK Seksyen 7 anjur majlis graduasi Tahun 6

 

SERDANG 2/10/2018: Penganjuran majlis graduasi bagi murid Tahun Enam mampu memberi dorongan kepada murid bukan sahaja untuk melakar kecemerlangan dalam akademik, tetapi juga dalam setiap perkara yang dilakukan.

 


Pengarah Pusat Kebudayaan dan Kesenian Universiti Putra Malaysia (UPM), Hj. Anuar Hj. Ahmad, berkata program seumpama itu dapat menggalakkan murid untuk mengejar cita-cita, selain meneruskan persekolahan ke peringkat lebih tinggi terutama jika diadakan di institusi pengajian tinggi.


"Pengiktirafan ini diharap dapat memberi motivasi kepada pelajar yang bakal menamatkan persekolahan peringkat rendah untuk terus melanjutkan pengajian sehingga ke menara gading.

 

"Tahniah juga kepada ibu bapa yang hadir memberikan sokongan kepada anak, semoga pembabitan ibu bapa ini dapat mendorong murid untuk terus cemerlang," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, di Universiti Putra Malaysia, di sini, sebentar tadi.

 

Yang turut hadir ialah Guru Besar SK Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Zulkifli Mohd Tahir; Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Seksyen 7, Datuk A Halim Paiman; dan Penyelaras Tahun 6 sekolah terbabit, Noraisah Sulaiman.

 

Pada majlis itu, sebahagian daripada 423 murid Tahun Enam menerima sijil tamat sekolah rendah. Majlis itu turut menyaksikan seramai 50 murid prasekolah menerima sijil masing-masing.

 

SK Seksyen 7 Bandar Baru Bangi adalah rakan sekolah BH yang setia melanggan Didik dan juga tersenarai antara sekolah terbaik di Selangor berdasarkan pencapaian akademik.


Sementara itu, Zulkifli berkata, pihaknya berharap murid-murid sentiasa menghargai jasa guru dan ibu bapa yang banyak berkorban masa serta tenaga bagi memastikan mereka memperoleh kecemerlangan dalam hidup.


"Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang komited dalam mendidik murid untuk menjadi insan seimbang dan cemerlang, begitu juga ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi.

 

"Kepada murid-murid, ingatlah perjalanan masih jauh untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik, justeru setiap murid perlu berusaha untuk mencapai impian dan cita-cita anda," katanya.

 

Oleh Fadzlena Jafar

fadzlena@bh.com.my

Date of Input: 10/10/2018 | Updated: 10/10/2018 | akma

MEDIA SHARING

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXETUAQ~