Tatacara Permohonan Tempahan Dan Sewaan | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» PERKHIDMATAN KAMI » Tatacara Permohonan Tempahan dan Sewaan

Tatacara Permohonan Tempahan dan Sewaan

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

____________________________________________________________________________

 

TATACARA PERMOHONAN TEMPAHAN PENGGUNAAN DEWAN BESAR/PANGGUNG PERCUBAAN DAN PERKHIDMATAN KEBUDAYAAN

1.Pemohon boleh membuat panggilan melalui talian 03-9769 7327 atau 03-9769 7324 untuk menyemak tarikh penggunaan sama ada masih terdapat kekosongan sebelum mengisi borang tempahan.

 2.Untuk tempahan, pemohon mestilah menggunakan Borang Tempahan Dewan Besar dan Panggung Percubaan (OPR/PKK/BR01/Tempahan 01) atau Borang Tempahan Perkhidmatan Kebudayaan (OPR/PKK/BR01/Tempahan 02) yang boleh dimuat turun daripada laman web https://pkkssaas.upm.edu.my atau diperolehi daripada Kaunter Tempahan, Foyer Tingkat Bawah, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

3. Maklumat yang terkandung dalam Borang Tempahan mestilah diisi dengan lengkap dan tepat, dan mematuhi semua syarat permohonan yang telah ditetapkan

4. Pemohon perlu menghadirkan diri untuk menyerahkan Borang Tempahan Dewan Besar dan Panggung Percubaan, dan Borang Tempahan Perkhidmatan Kebudayaan, dan membuat tinjauan (jika perlu) serta mendapat penerangan berkenaan kemudahan dan kadar caj yang telah ditetapkan (jika berkaitan).

5. Keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima. Pemohon diminta memberi maklum balas dan mengesahkan persetujuan dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh email atau borang kelulusan. Sekiranya, tiada sebarang maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, pihak kami akan membatalkan permohonan sewaan berkenaan dan sekaligus rekod tempahan akan dikeluarkan daripada jadual penggunaan Dewan PKKSSAAS.

6. Pemohon boleh menggunakan Senarai Semak Permohonan Tempahan Penggunaan Dewan Besar/Panggung Percubaan dan Perkhidmatan Kebudayaan seperti di bawah sebagai panduan untuk melicinkan proses permohonan.



7. Pemohon boleh membuat pembayaran melalui kaedah seperti yang berikut :




8. Selepas pembayaran dibuat, PKKSSAAS akan melantik Pengurus Acara (persiapan tempat dan teknikal) untuk membantu pemohon menguruskan program berdasarkan keperluan di dalam borang permohonan dan mana-mana yang berkaitan.

9. Dalam situasi tertentu, agensi penganjur mestilah mengemukakan atur cara dan cadangan susun atur (layout) yang lengkap dan terkini kepada PKKSSAAS dalam tempoh satu (1) minggu sebelum acara dilaksanakan.

KLIK UNTUK BOOKLET PKKSSAAS


Kemaskini:: 27/06/2019 [kamarulhelmy]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566192277