Disediakan oleh :Amirul Iskandar Abdul Razak
PKKSSAAS SERDANG: Selari dengan inisiatif amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam yang telah diamalkan dalam kalangan staf PKKSSAAS, PKKSSAAS menambah nilai amalan EKSA itu sendiri dengan merancang secara bulanan Program Go Green.
Program ini merupakan satu kesedaran dalam membudayakan amalan kitar semula dalam kalangan staf PKKSSAAS. Sudut Sulur dan Daun telah dikhaskan menjadi pusat pengumpulan barangan terpakai seperti botol terpakai, kertas terpakai, minyak masak terpakai dan lain-lain.
Barangan terpakai yang telah dikumpulkan akan dihantar ke Pusat Kitar Semula Komuniti Putrajaya dan hasil kutipan akan dimasukkan ke dalam Kelab Kebajikan dan Sosial Staf PKKSSAAS.
Tarikh Input: 15/11/2021 | Kemaskini: 15/11/2021 | kamarulhelmy
43400 UPM,
Serdang,
Selangor Darul Ehsan.