18 April 2024 - Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM telah menjalankan aktiviti Gotong Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bil. 2/2024. Fokus gotong-royong pada kali ini adalah di Sudut Sulur & Daun dan Sudut Go Green Zon Belian (Dewan Bankuet) PKKSSAAS.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah mengemas kawasan sudut tanaman, menanam pokok, menyediakan tong kitar semula serta menyusun atur dan mengemas peralatan agar tempat kerja selesa dan selamat.
Ianya bertepatan dengan objektif EKSA iaitu mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat. Ia juga bertujuan membina budaya kerja positif berterusan dalam kalangan warga PKKSSAAS.
Ikuti berita dan maklumat hebahan PKKSSAAS di:
Tarikh Input: 21/04/2024 |
Kemaskini: 21/04/2024 | kamarulhelmy
PERKONGSIAN MEDIA