Dewan Besar, PKKSSAAS, 4 April 2018 – Pada 4 April 2018, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, PKKSSAAS, telah diaudit sebagai persediaan menghadapi audit oleh pihak SIRIM pada Julai nanti. Juruaudit yang telah mengaudit PKKSSAAS adalah Tn. Haji Ideris bin Hadzir, Jurutera Elektrik daripada Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA), UPM dengan dibantu 4 orang juruaudit dalaman PTJ.
Tujuan audit ini diadakan adalah untuk melihat kepatuhan PTJ terhadap polisi, perancangan, prosedur-prosedur, undang-undang dan peraturan-peraturan serta menilai keberkesanan, kekukuhan dan kecukupan struktur kawalan dalaman serta kualiti dalam sesebuah organisasi.
Audit dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan juruaudit menyemak prosedur-prosedur utama yang terdapat di PKKSSAAS. Proses pengauditan berakhir sekitar jam 3.30 petang dengan tiada sebarang Ketidakpatuhan (NCR) ditemui. Adalah diharapkan dengan pengauditan ini PKKSSAAS akan menghadapi Audit SIRIM pada Julai nanti dengan jayanya seterusnya menyokong universiti menjayakan Pelan Strategik UPM. ‟ Berilmu Berbakti ”
Tarikh Input: 06/04/2018 | Kemaskini: 25/09/2018 | akma
43400 UPM,
Serdang,
Selangor Darul Ehsan.