Bengkel Rampaitari INTERKOLEJ 2024 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Bengkel Rampaitari INTERKOLEJ 2024

Bengkel Rampaitari INTERKOLEJ 2024

27 April 2024, Serdang - Seramai lebih dari 50 orang pelajar dari pelbagai kolej telah mengambil bahagian dalam Bengkel Rampaitari yang dianjurkan bersama dari Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM. Bengkel ini merupakan sebahagian daripada persiapan untuk Festival Rampaitari Interkolej yang bakal berlangsung pada 18 Mei 2024 di Panggung Percubaan UPM..
 
   
 
Tujuan utama bengkel ini adalah untuk menyediakan kumpulan penari kolej yang akan bertanding di Festival Rampaitari Interkolej tidak lama lagi. Antara aspek utama yang dibengkelkan termasuklah teknik tarian asas zapin, pemilihan kostum dan busana yang sesuai, serta tatarias khusus yang berkaitan dengan zapin.
 
 
 
Salah satu keistimewaan bengkel ini adalah dengan kehadiran penceramah jemputan iaitu Encik Syafizal-Syazlee Salehud-Din Jurulatih Seni yang juga Pengasas Bersama Nyala Dance, yang telah memberikan pandangan serta pengalaman beliau dalam bidang tarian Melayu. Peserta bengkel memberi maklum balas yang positif, mengakui bahawa mereka telah mendapat pengetahuan dan teknik yang betul dalam penyediaan persembahan zapin yang berkualiti.
 
 
Diharapkan, melalui bengkel seperti ini, semangat kebudayaan dan warisan seni tari Melayu, khususnya zapin, akan terus disemarakkan dalam kalangan generasi muda.

Tarikh Input: 07/05/2024 | Kemaskini: 07/05/2024 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
WXFTRAV~