Pusat Kebudayaan dan Kesenian SSAAS (PKKSSAAS), UPM berkesempatan menyambut kehadiran murid dan guru dari SMK Tinggi Setapak yang berjumlah 159 orang sempena program Akademik Jejak Ilmu 2023.
Program ini merupakan anjuran bersama PKKSSAAS, UPM dan SMK Tinggi Setapak yang objektif untuk memberikan pendedahan, memperkasakan peranan dan fungsi PKKSSAAS terutamanya bagi menyokong kepada matlamat/inisiatif UPM terhadap sumbangan yang
bermakna seperti mengadakan aktiviti khidmat komuniti sebagai proses pemberdayaan ilmu kepada masyarakat.
Ia juga dapat memberikan peluang kepada murid sekolah merasai dan menyelami suasana pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPT) disamping dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada mereka agar dapat menanamkan cita-cita bagi melanjutkan pendidikan sehingga ke menara gading kelak.
Antara pengisian yang menarik dalam program ini adalah slot Ceria Seni Budaya (CSB). Slot CSB ini akan dipecahkan kepada 4 kumpulan iaitu Rakan Muzik, Rakan Vokal, Rakan Tari dan Rakan Lakon. Murid-murid dari SMK Tinggi Setapak akan diberi ruang dan peluang mengetengahkan bakat dan kemahiran di dalam bidang seni budaya menerusi 4 kumpulan tadi.
Seramai 15 orang Fasilitator yang dilantik dari kalangan mahasiswa UPM, dijemput bagi menyertai untuk membantu membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada murid-murid tersebut.
Program Akademik Jejak Ilmu 2023
Tarikh Input: 27/07/2023 |
Kemaskini: 27/07/2023 | kamarulhelmy
PERKONGSIAN MEDIA