Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz telah berjaya mengadakan satu ceramah kesedaran alam sekitar selari dengan perancangan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) PKKSSAAS pada 31 Mac 2022 bertempat di Panggung Percubaan PKKSSAAS UPM.
Topik ceramah bertajuk "Estetika Pertanian Bandar" telah disampaikan oleh TS. Muhamad Adli Salihin bin Samsudin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pertanian Bandar, Jabatan Pertanian Malaysia. Sesi bermula dengan perkongsian teori mengenai estetika pertanian bandar dan diikuti dengan sesi demonstrasi semaian benih yang disampaikan oleh Puan Mazlina Musa, Penolong Pengarah, Bahagian Pertanian Bandar, Jabatan Pertanian Malaysia.
Program ini mendapat sambutan dengan penglibatan ahli jawatankuasa EKSA di bawah entiti Pendaftar dan juga Pusat Antarabangsa (i-Putra).
Tarikh Input: 07/04/2022 |
Kemaskini: 13/10/2022 | kamarulhelmy
PERKONGSIAN MEDIA