Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Gema Simfoni ‘50 Tahun UPM Gemilang’ sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 UPM yang dihadiri oleh Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman yang berlangsung pada 18 Disember 2021 sekitar jam 8.45 malam di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM.
Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Dato’ Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail; Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM, Prof. Dr. Nazamid Saari dan Pendaftar, En. Muhazam Mansor.
Program itu turut menampilkan penyanyi terkemuka tanah air Francissca Peter sebagai artist jemputan dan virtuoso biola UPM yang juga Pensyarah Jabatan Muzik, Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Prof. Madya Dr. Joanne Yeoh Pei Sze.
Gema Simfoni 50 Tahun UPM Gemilang turut melibatkan staf, pelajar dan alumni UPM sebagai penyanyi dan pemuzik dalam program tersebut.
Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada para penaja yang terdiri daripada Alumni UPM untuk program Gema Simfoni ‘50 Tahun UPM Gemilang’ atas tajaan untuk program ini.
Tarikh Input: 20/12/2021 |
Kemaskini: 20/12/2021 | kamarulhelmy
PERKONGSIAN MEDIA