18 Januari 2024 - Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM telah menjalankan aktiviti Gotong Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bil. 1/2024. Fokus gotong-royong pada kali ini adalah di Sudut Jepara dan Sudut Sulur dan Daun PKKSSAAS.
Antara yang dilaksanakan adalah menyisih barang yang tidak perlu, menyusun atur dan mengemas peralatan agar tempat kerja selesa dan selamat.Ianya bertepatan dengan objektif EKSA iaitu mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat. Ia juga bertujuan membina budaya kerja positif berterusan dalam kalangan warga PKKSSAAS.
Tarikh Input: 24/01/2024 |
Kemaskini: 24/01/2024 | kamarulhelmy
PERKONGSIAN MEDIA