31 Mei 2023 - Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) telah mengadakan aktiviti Gotong Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Zon Resak (Pejabat Am 2) PKKSSAAS.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah menyisih barang yang tidak perlu, menyusun atur dan mengemas peralatan agar tempat kerja staf di Pejabat Am 2 selesa dan selamat. Ianya selari dengan objektif EKSA iaitu untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat. Ia juga dapat membina budaya kerja positif yang berterusan di kalangan warga PKKSSAAS.
Tarikh Input: 01/06/2023 |
Kemaskini: 01/06/2023 | kamarulhelmy
PERKONGSIAN MEDIA