1 Mac 2023 | Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) telah menerima delegasi dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai lawatan Penanda Aras EKSA UMK.
Para delegasi UMK telah berpeluang melihat dan meninjau kerja-kerja persiapan Tandas Terindah serta surau di sekitar Dewan Besar PKKSSAAS.
Sesi perkongsian ini banyak memberikan pendedahan dan pertukaran idea dalam melaksanakan EKSA di tempat mereka. Pihak UMK telah meletakkan PKKSSAAS sebagai rujukan dan penanda aras kepada amalan EKSA. Para delegasi dari UMK amat teruja melihat hasil kreativiti oleh warga PKKSSAAS.
Untuk makluman sesi lawatan ini telah dikendalikan oleh pihak BHEP UPM dan Pengarah PKKSSAAS serta barisan pegawai.
Tarikh Input: 03/03/2023 |
Kemaskini: 03/03/2023 | kamarulhelmy
PERKONGSIAN MEDIA