PKKSSAAS Serdang – Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM telah mengadakan satu lawatan penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Putrajaya. Lawatan yang terdiri daripada semua staf PKKSSAAS dan diketuai oleh Pengarah PKKSSAAS, Encik Husalshah Rizal Hussian telah disambut baik oleh Pengerusi EKSA MOSTI, Puan Faizah Jaarudin.
Staf PKKSSAAS telah diberi taklimat mengenai pelaksanaan EKSA yang telah dibudayakan dan aktiviti-aktiviti yang memangkin kreativiti dalam kalangan staf MOSTI. Selain itu, mekanisme pengauditan dalaman EKSA secara berkala juga menjadi pendorong untuk menambahbaik persekitaran yang kondusif di pejabat.
Pihak MOSTI telah mengiringi staf PKKSSAAS melawati beberapa lokasi antaranya Zon Xenon, Zon Aurum dan Zon Kripton bagi memperlihatkan pelaksanaan EKSA di pejabat, ruang kerja pejabat, stor, surau dan kaunter pelanggan.
Lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar dan pemberian sijil penghargaan kepada pihak PKKSSAAS.
Tarikh Input: 13/06/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | kamarulhelmy
43400 UPM,
Serdang,
Selangor Darul Ehsan.