22 September 2023 | Dewan Senat, Universiti Putra Malaysia. Sekretariat Majlis Kebudayaan Universiti Universiti Malaysia (MAKUM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Festival Teater Pengguna Siswa Universiti Awam MAKUM.
Mesyuarat ini melibatkan beberapa entiti Pusat Tanggungjawab (PTJ) UPM iaitu Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), Pusat Polis Bantuan dan Keselamatan Universiti (APSec), Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Bahagian Perumahan dan Penempatan dan Jemaah Pegawai Tadbir Kolej Kediaman bagi menyelaras tindakan dan pelaksanaan agar program berjalan dengan sempurna.
Mesyuarat ini turut membincangkan aturcara Majlis Penutup Festival Teater Pengguna Siswa Universiti Awam MAKUM yang akan berlangsung pada hari terakhir festival ini dijalankan.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Husalshah Rizal Hussian, Pengarah Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS).
Tarikh Input: 05/10/2023 |
Kemaskini: 05/10/2023 | kamarulhelmy
PERKONGSIAN MEDIA