14 - 15 Oktober 2023 | Panggung Percubaan PKKSSAAS UPM. Program Ceria Seni Budaya, Pemerkasaan Seni Budaya Warisan Boria merupakan program anjuran bersama Persatuan Seni dan Budaya Era Baru (MANES) dan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM. Bengkel ini melibatkan lebih 40 mahasiswa UPM dan penyertaan daripada luar.Bengkel ini memfokuskan kepada pengenalan dan teknik persembahan tradisional Boria. Antara elemen seni persembahan dalam Boria adalah seperti lakonan, muzik, nyanyian dan tarian.Bengkel ini dikendalikan oleh Tokoh Penggiat Seni Boria seperti Encik Md Razali Ridzuan dan Encik Omar Md Hashim (Omara) Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup (WAKOH).
Peserta bengkel juga berpeluang membuat persembahan setelah selesai mempelajari teknik asas persembahan Boria.
Tarikh Input: 06/11/2023 |
Kemaskini: 06/11/2023 | kamarulhelmy
PERKONGSIAN MEDIA