Dewan Besar, PKKSSAAS UPM 14 September 2019, Sebahagian peserta yang terlibat dengan persembahan tarian kecergasan Zafina paling ramai dalam MBOR di Serdang dekat sini, hari ini.
Sebanyak 6,278 orang meletakkan nama mereka dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai peserta paling ramai membuat persembahan kecergasan Zafina.
Zafina adalah senaman aerobik berasaskan tarian zapin.
Para peserta terdiri daripada warga Universiti Putra Malaysia (UPM) dan penduduk pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak yang tinggal di sekitar kampus universiti itu di Serdang dekat sini, hari ini.
Aktiviti tersebut diadakan bersempena Hari Kokurikulum UPM.
Ia dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar universiti itu serta kumpulan Zumba Fitness.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPM, Profesor Dr. Mohd. Roslan Sulaiman berharap program sedemikian akan dijadikan sebagai acara tahunan.
Tarikh Input: 24/09/2019 | Kemaskini: 01/10/2019 | akma
43400 UPM,
Serdang,
Selangor Darul Ehsan.