30/7/2017 - PKKSSAAS, Dewan Besar UPM telah berlangsungnya `Hi-Tea ALUMNI Batch 77’ sebagai sambutan ke-40 tahun Graduan UPM 1977. Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang dengan sesi pendaftaran telah turut dibantu oleh Sekretariat Pusat Alumni (PAUPM).
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Program dan tetamu jemputan. Sesi memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa kepada semua tetamu dan tayangan slaid yang memaparkan gambar-gambar kenangan di alam pelajar juga turut diadakan.
PAUPM dan ALUMNI Batch 77 juga telah membuka gerai-gerai jualan dan pameran (booth) untuk tetamu. Kumpulan Gamelan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salauhuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) juga telah turut mengadakan persembahan semasa sesi jamuan minum petang.
Tarikh Input: 02/08/2017 | Kemaskini: 07/08/2017 | akma
43400 UPM,
Serdang,
Selangor Darul Ehsan.