22 Mac 2024 | Sudut Sulur dan Daun PKKSSAAS. Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah mengadakan Sesi Refleksi Alam “Mari Bersama-sama Menyantuni Alam Sekitar”.
Aktiviti ini selaras dengan Program Pemerkasaan Kelestarian Hijau EKSA yang melibatkan semua staf PKKSSAAS. Amalan ini akan diteruskan lagi pada hari Jumaat yang akan datang sebagai simbolik usaha menyantuni alam sekitar dengan membersihkan ruangan pokok dan tanaman di Sudut Sulur dan Daun PKKSSAAS.
Diharapkan kesemua warga PKKSSAAS dapat menghayati keindahan alam dan menjunjung tinggi amalan melestarikan alam sekitar untuk kebaikan bersama.
Tarikh Input: 02/04/2024 |
Kemaskini: 02/04/2024 | kamarulhelmy
PERKONGSIAN MEDIA