Grand Finale Senada Putra 14 | SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
» NEWS » Grand Finale Senada Putra 14

Grand Finale Senada Putra 14

10-11 Oktober 2023 - Panggung Percubaan, PKKSSAAS | Program Grand Finale Senada Putra 14 "Suara Putraku" 2023 anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah diadakan dengan jayanya.
Para finalis telah berentap pada pusingan "Battle Round" dan "Champion Round". 8 peserta layak ke peringkat Champion Round iaitu Pia, Ain, Ajim, Mai, Zu, Salam, Jaz, Amir.Johan telah dimenangi oleh Sharifah Shafia Aishah Syed Mohdhar (KC) Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Inggeris. Naib Johan pula ialah Nurul Shimaida Ibnu Hashim (KTDI), Bacelor Perakaunan dengan Kepujian. Tempat Ketiga ialah Zulaikha Zarina Zahrin (KOSASS)Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian.
  
 
  
 
 
Turut dianugerahkan kepada Mentor Terbaik iaitu Encik Nor Ilmie Nazarudin. Anugerah Persembahan Battle Round Terbaik pula dimenangi oleh Sharifah Shafia Aishah Syed Mohdhar (KC) & Zulaikha Zarina Zahrin (KOSASS).Sekalung tahniah kepada para pemenang. Terima kasih kepada semua finalis telah menunjukkan persembahan yang sangat hebat dan memukau pada malam tersebut.
 
  
 
  
 
 
 
Program ini dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor, HEPA, YBrs. Encik Muhazam Mansor, Pendaftar UPM dan YBrs. Encik Mahbob Yusof, Ketua Pustakawan UPM.Rakaman penuh sepanjang program ini boleh ditonton siaran secara rakaman melalui laman YouTube @ PKKSSAAS Channel.

Date of Input: 17/10/2023 | Updated: 17/10/2023 | kamarulhelmy

MEDIA SHARING

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEbPAb~