Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) merupakan sebuah pusat yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti kebudayaan dan kesenian untuk pelajar dan staf UPM serta publik, dan menjadi tempat perhimpunan bagi tujuan pendidikan, penyelidikan dan perkembangan pembangunan bagi aktiviti yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Kebangsaan Malaysia khasnya dan antarabangsa amnya. PKKSSAAS juga bertanggungjawab mengurus dan menyediakan fasiliti seperti Dewan Besar dan Panggung Percubaan untuk aktiviti akademik, majlis rasmi universiti dan perkhidmatan sewaan untuk pelbagai program yang dianjurkan oleh agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan kerajaan.