Lawatan Penandaarasan EKSA Ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia | SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
» NEWS » lawatan penandaarasan EKSA ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

lawatan penandaarasan EKSA ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

12 Oktober 2023 | Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM telah mengadakan satu lawatan penandaarasan EKSA ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang terdiri daripada 12 orang staf PKKSSAAS dan diketuai oleh Pengarah PKKSSAAS, Encik Husalshah Rizal Hussian. Kunjungan lawatan ini disambut baik oleh wakil Pengarah Bahagian Latihan, YS PKPjB Dato' Hj. Norazam bin Khamis dan staf staf JBPM.
 
  
 
  
 
   
Satu sesi taklimat perkongsian pelaksanaan EKSA di JBPM telah dikongsikan kepada warga staf PKKSSAAS antaranya penganjuran pertandingan dalaman EKSA dalam kalangan staf JBPM antaranya Pertandingan Zon Terbaik, Kempen Kesihatan Ukur Tekanan Darah dan sebagainya menjadi satu elemen positif dalam objektif pelaksanaan EKSA.
Pihak JBPM juga telah mengiringi staf PKKSSAAS mengunjungi beberapa lokasi antaranya Zon Atego, Zon Maxus, Zon Dennis dan Zon Volvo bagi memperlihatkan pelaksanaan EKSA di ruang kerja pejabat, pantri, sudut ruang kerja sama, tandas dan kaunter pelanggan.

Date of Input: 19/10/2023 | Updated: 19/10/2023 | kamarulhelmy

MEDIA SHARING

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEbSAZ~