Mesyuarat Majlis Kebudayaan Universiti Universiti Malaysia (MAKUM) | SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
» NEWS » Mesyuarat Majlis Kebudayaan Universiti Universiti Malaysia (MAKUM)

Mesyuarat Majlis Kebudayaan Universiti Universiti Malaysia (MAKUM)

Putrajaya, 30 Januari 2024 | Mesyuarat Majlis Kebudayaan Universiti Universiti Malaysia (MAKUM) kali ke-109 Bil 4/2023 telah diadakan dengan jayanya di Dorsett, Putrajaya. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 18 buah Universiti Awam seluruh Malaysia dan perwakilan daripada Majlis Kesenian dan Kebudayaan Mahasiswa Kebangsaan MAKMA.
Pada mesyuarat kali ini, MAKUM telah membentangkan Takwim MAKUM yang merangkumi beberapa aktiviti dan program yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2024 antaranya ialah Festival Kebudayaan Universiti Universiti Malaysia (FEStKUM), Anugerah Seni MAKUM, International Borneo Dance dan banyak lagi. Dalam pada itu juga MAKUM telah merangka pelbagai inisiatif bagi meneruskan legasi pengembangan seni budaya dan warisan dalam penganjuran-penganjuran yang berbentuk pertandingan dengan mewujudkan jaringan kerjasama antara agensi-agensi berkaitan dalam meningkatkan promosi MAKUM ke pelbagai peringkat khususnya antarabangsa.
Selain daripada itu juga, Pengerusi MAKUM iaitu YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia (UPM) menyarankan agar setiap perancangan yang dilakukan mestilah berteraskan kepada 20 landasan dan 5 fokus utama yang diperkenalkan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi pada ucaptama beliau baru-baru ini.
Mesyuarat kali ini turut dihadiri oleh Puan Nurul Aida Mohd Nordin yang mewakili Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, JPT, KPT. Beliau memberikan pandangan yang bernas dalam membimbing perbincangan, serta menyampaikan beberapa cadangan untuk memperkukuhkan lagi aktiviti kebudayaan dalam kalangan warga universiti. Selain daripada itu, 3 program MAKUM berjaya diangkat dan mendapat kerjasama penuh oleh KPT antaranya ialah Festival Batik, Perkampungan Budaya MADANI dan Anugerah Seni MAKUM.
Beberapa keputusan penting yang dicapai dalam mesyuarat ini termasuklah pengekalan program-program popular MAKUM, penambahan elemen kebudayaan setempat dalam acara-acara, dan penekanan kepada kolaborasi antarabangsa bagi memperkukuhkan hubungan antara universiti awam.
Pengerusi MAKUM, YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, turut menyeru kepada semua pihak untuk bersatu tenaga dalam menjalankan program-program MAKUM dengan penuh semangat dan dedikasi. Beliau menyatakan harapannya agar MAKUM terus menjadi medium untuk memupuk perpaduan dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan mahasiswa selain menjadi pelopor dalam pemerkasaan mahasiswa menerusi saranan daripada pihak YB Menteri.
Mesyuarat Majlis Kebudayaan Universiti Universiti Malaysia kali ke-109 berjaya mencapai matlamatnya dengan membincangkan isu-isu penting dan menyusun strategi untuk memajukan agenda kebudayaan di pelbagai peringkat.

Date of Input: 06/03/2024 | Updated: 06/03/2024 | kamarulhelmy

MEDIA SHARING

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEbPAq~