Program Semarak Merdeka 2023 | SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
» NEWS » Program Semarak Merdeka 2023

Program Semarak Merdeka 2023

Program Semarak Merdeka 2023 pupuk semangat patriotisme PTJ UPM
SERDANG, 24 Ogos- Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Semarak Merdeka 2023 untuk memupuk semangat patriotisme kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) UPM.
Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata, program ini menyemarakkan bulan kemerdekaan staf dan beliau berbangga dengan semangat staf bersama-sama rakan pasukan untuk memberikan persembahan yang terbaik demi menghayati bulan kemerdekaan serta mengharumkan nama PTJ.
"Semangat dan kerjasama semua dalam memberikan persembahan yang paling terbaik serta bersemangat wajar demi menghayati bulan kemerdekaan ini dan berjaya mengharumkan nama PTJ," katanya.
Selain itu, antara Pertandingan yang dianjurkan adalah Pertandingan Koir Merdeka Inter-PTJ, Pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka Inter-PTJ dan Inter-Kolej, Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter-PTJ dan Pertandingan Fotografi Merdeka Inter-PTJ.
Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan turut menyampaikan mock cheque, trofi dan sijil kepada pemenang Pertandingan Koir Merdeka Inter-PTJ yang dijuarai oleh Gabungan Bahagain Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Kolej Kediaman UPM.
Bagi Pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka Inter-PTJ dijuarai Fakulti Pertanian, Nik Zaini Peei dan Inter-Kolej dan Pertandingan Fotografi Merdeka Inter-PTJ dijuarai Akademi Sukan, Rozaini Abdul Rahim.
Sementara itu, Program Semarak Merdeka 2023 dianjurkan sepanjang bulan Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2023 bertemakan “Malaysia Madani : Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” bagi menyemarakkan semangat patriotik di kalangan warga kampus UPM yang telah bermula pada 23 Ogos hingga 31 Ogos 2023.

Date of Input: 25/08/2023 | Updated: 15/09/2023 | kamarulhelmy

MEDIA SHARING

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEbQAW~