Sesi Penilaian Pertandingan Ruang Kerja Terbaik EKSA Peringkat PKKSSAAS | SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
» NEWS » Sesi Penilaian Pertandingan Ruang Kerja Terbaik EKSA peringkat PKKSSAAS

Sesi Penilaian Pertandingan Ruang Kerja Terbaik EKSA peringkat PKKSSAAS

SERDANG - Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM telah menjayakan sesi Penilaian Pertandingan Ruang Kerja Terbaik EKSA peringkat PKKSSAAS pada 12 Januari 2024 khusus untuk menilai pelaksanaan dan pembudayaan amalan EKSA kepada warga PKKSSAAS. Malah ia sebagai persediaan untuk menghadapi penilaian peringkat Universiti yang dijadualkan pada 19 Januari 2024.
Pertandingan ini juga bertujuan menerapkan sikap tanggungjawab, kebersamaan dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga PKKSSAAS melalui anugerah yang dipertandingkan.
Sesi ini dinilai oleh Puan Marziati Md Din dari Bahagian Audit Dalam, UPM yang juga merupakan Fasilitator EKSA PKKSSAAS. Encik Husalshah Rizal Hussian, Pengarah PKKSSAAS telah menyempurnakan sesi penyampaian sijil kepada penerima anugerah dan pemenang.
Tahniah kepada warga PKKSSAAS!

Date of Input: 22/01/2024 | Updated: 22/01/2024 | kamarulhelmy

MEDIA SHARING

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEbNAJ~