Gotong Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bil. 3/2024
27 April 2024 - Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM telah menjalankan aktiviti Gotong Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bil. 3/2024. Fokus gotong-royong pada kali ini adalah di ruangan Pejabat Am 2, Zon Resak (Dewan Besar).
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah mengemas bilik rehat, bilik pantri dan bilik surau, mengecat dinding serta menyusun atur dan mengemas peralatan agar tempat kerja selesa dan selamat.
Ianya bertepatan dengan objektif EKSA iaitu mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat. Ia juga bertujuan membina budaya kerja positif berterusan dalam kalangan warga PKKSSAAS.