- Keris di adalah alat kebesaran negara yang utama dalam istiadat pertabalan.
- Keris Panjang Diraja merupakan keris yang menandakan kebesaran dan kekuasaan kerajaan.
- Ia bersalut emas dari hulu ke sarung dan di atas sampirnya (bahagian atas sarung keris) terletak lambang Kerajaan Persekutuan dan lambang 11 Negeri-negeri Tanah Melayu.
- Matanya ditempa daripada besi waja yang diambil daripada sebelas bilah keris negeri-negeri itu.
- Hulu keris ini berbentuk Tapak Kuda dengan hiasan berbentuk buah jering.
- Keris ini hanya dibawa oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam istiadat-istiadat tertentu sahaja.
Updated:: 17/12/2020 [kamarulhelmy]
MEDIA SHARING