Bahagian Pengurusan Seni Budaya dan Warisan mempunyai 2 unit yang menyokong kepada peranan bahagian itu sendiri seperti :
Unit Pengukuhan Seni Budaya dan Warisan
Unit Pengembangan Seni Budaya dan Warisan
Antaranya fungsi terpenting bahagian ini adalah untuk memartabatkan agenda seni budaya di kalangan warga kampus, alumni dan komuniti dengan merancang aktiviti/program, mengekalkan dan mengembangkan aktiviti kebudayaan dan kesenian di UPM. Juga bertanggungjawab menyediakan kemudahan prasarana seni budaya/teknikal pentas yang kondusif dan profesional dan memberikan khidmat nasihat kepada seluruh warga kampus.
Antara fungsi lain bahagian ini ialah bagi meningkatkan pembangunan modal insan mahir dalam bidang seni budaya terutama kepada staf dan pelajar UPM yang berinisiatif menyediakan landasan/ruang dan peluang kepada penggiat seni UPM yang terlibat dalam bidang ini melalui perkhidmatan kebudayaan dan kesenian, Sukarelawan Seni Budaya (PEWARIS) dan sebarang aktiviti seni budaya ke peringkat nasional dan antarabangsa.