Akademi Seni Senada 14 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Akademi Seni Senada 14

Akademi Seni Senada 14

14 - 16 Julai 2023 | Panggung Percubaan, PKKSSAAS UPM. Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah mengadakan sesi Akademi Seni Senada Putra 14 sempena persediaan para peserta ke Grand Finale Senada Putra 14 yang dijadualkan pada bulan Oktober 2023.
Seramai 12 orang finalis telah berjaya mengikuti kelas dan latihan intensif selama 3 hari.
 
 
 
 
10 orang tenaga pengajar pelbagai bidang dijemput bagi memberikan bimbingan dan perkongsian yang bertujuan untuk memastikan peserta memenuhi kriteria yang ditetapkan sebagai Finalis. Antara tenaga pengajar Akademi Seni Senada Putra 14 yang dijemput adalah :
1. YM Raja Muzammir (Etika dan Protokol)
2. Encik Adidi Tamin (Vokal)
3. Encik Khairul Danial (Teori Muzik)
4. Encik Mohd Husaini Amir Nik (Motivasi)
5. Encik Hafidz Itam (Komunikasi)
6. Dr Azerai Azmi (Motivasi)
7. Encik Mohd Nor Syafiq (Improvisasi)
8. Encik Muhammad Hazimi Ismail (Mentor)
9. Encik Nor Ilmie Nazarudin (Mentor)
10. Encik Muhammad Izzuddin Rosli (Mentor)
Nantikan persembahan para finalis di acara kemuncak "GRAND FINALE" Senada Putra 14 yang dikuasakan oleh Choco Albab (penaja rasmi) pada 10 Oktober 2023.

Tarikh Input: 27/07/2023 | Kemaskini: 27/07/2023 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEdFA4~