PKKSSAAS TERIMA DELEGASI KOSASS UPM SEMPENA LAWATAN PENANDAARASAN EKSA
PKKSSAAS TERIMA DELEGASI KOSASS UPM SEMPENA LAWATAN PENANDAARASAN EKSA
Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz telah menerima kunjungan daripada pihak Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah pada 16 Mei 2025 bagi sesi Lawatan Penanda Aras Amalan Ekosistem Penanda Aras (EKSA).
Taklimat EKSA telah disampaikan oleh Pengarah PKKSSAAS, Encik Husalshah Rizal Hussian yang berkongsi mengenai pembudayaan amalan EKSA dalam kalangan warga staf PKKSSAAS UPM.
Antara pengisiannya adalah pengenalan carta organisasi EKSA di PKKSSAAS, Zon & Sudut EKSA yang telah diwujudkan, carta perbatuan bagi tahun 2024 & 2025 serta aktiviti-aktiviti EKSA yang telah berjaya diadakan.
Selesai sesi perkongsian dan soal jawab dilaksanakan, warga staf KOSASS dibawa meninjau ke lokasi zon EKSA yang berada di Dewan Besar serta Panggung Percubaan, antaranya Zon Cengal, Zon Merbau, Zon Jati dan Zon Resak.