Bengkel Permainan Irama Gamelan Johor | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Bengkel Permainan Irama Gamelan Johor

Bengkel Permainan Irama Gamelan Johor

8 Ogos 2023, Batu Pahat ~ Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM telah menyertai Bengkel Permainan Irama Gamelan Johor yang telah dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 7-8 Ogos 2023 baru-baru ini.
Bengkel ini telah dihadiri oleh staf dari Bahagian Pengurusan Seni Budaya dan Warisan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian SSAAS (PKKSSAAS), UPM. Mereka berpeluang mempelajari 8 jenis lagu Gamelan yang telah disampaikan oleh guru jemputan iaitu YBrs. Dwiono Hermantoro Skar atau lebih dikenali dengan nama Pak Herman, Tokoh permainan irama Gamelan dari negara seberang iaitu Indonesia.
Pegawai PKKSSAAS, UPM yang diketuai oleh Encik Adidi Tamin dapat mempelajari, meningkatkan pengetahuan dan memperkasa kemahiran dalam permainan muzik Gamelan. i Melalui bengkel ini juga, semua peserta yang menyertai berpeluang untuk menghayati budaya warisan, mengenali sejarah dan asal usul muzik Gamelan.
 
  
Selain daripada UPM, bengkel ini juga turut disertai rakan-rakan dari UA lain antaranya UIAM, UTM, UM, UTM dan orang perseorangan. Pengerusi program iaitu Dr. Mohd Nizam Attan, Pengarah Pusat Kebudayaan UTHM menzahirkan rasa bangga dan terharu dengan sambutan daripada rakan-rakan UA yang sudi hadir menyertai program ini. Majlis Kebudayaan Universiti Universiti Malaysia (MAKUM) juga tidak ketinggalan memberi sokongan padu terhadap pelaksanaan program ini.
Semoga dengan adanya penganjuran program seperti ini, dapat memperkasakan lagi kemahiran warga institusi pendidikan tinggi dalam permainan muzik gamelan selain dapat memulihara dan mengekalkan warisan kesenian nusantara yang sangat tinggi nilainya.

Tarikh Input: 13/08/2023 | Kemaskini: 15/09/2023 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEdFAF~