CENDEKIA MELAHIRKAN PELAJAR CELIK SENI BUDAYA | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » CENDEKIA MELAHIRKAN PELAJAR CELIK SENI BUDAYA

CENDEKIA MELAHIRKAN PELAJAR CELIK SENI BUDAYA

CENDEKIA MELAHIRKAN PELAJAR CELIK SENI BUDAYA
 
Siri perkongsian pintar bersama Pengarah Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Encik Husalshah Rizal Hussian telah diadakan dengan jayanya bermula 6 Januari 2025 sehingga 21 Januari 2025 bertempat di Panggung Percubaan, Dewan Besar PKKSSAAS dan Kolej Sultan Alaeddin Sulaimen Shah (KOSASS).
 
 
      
 
Seramai 233 orang pelajar telah mengikuti dan menyertai sesi perkongsian ini pada empat (4) siri yang diadakan. Sesi ini telah berjaya meningkatkan pengetahuan, memupuk keperibadian kebangsaan dan memperkukuhkan kesedaran pelajar terhadap seni budaya dan warisan Negara selain dapat membina sifat insaniah agar celik seni budaya.
CENDEKIA merupakan satu ikhtiar penjenamaan baharu PKKSSAAS sebagai wadah manifestasi seni budaya dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang bagi memfokuskan strategi memperkasa serta meningkatkan pemahaman, penghayatan, kecintaan dan pengamalan seni dan budaya dalam aspek kehidupan seharian khususnya kepada komuniti kampus.
Siri perkongsian pintar ini akan dilaksanakan di lokasi-lokasi yang telah dijadualkan sepanjang tahun 2025 dan mampu dihayati dan didokong oleh semua pihak supaya seni budaya dan warisan Negara terus terpelihara, disanjungi dan lestari.
 
    
 
 
 
 

Tarikh Input: 27/01/2025 | Kemaskini: 27/01/2025 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 6040
+603 - 9769 6040
X, (09:59:15am-10:04:15am, 16 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]