DELEGASI PKKSSAAS BERKUNJUNG KE iDEC BAGI LAWATAN PENANDA ARAS EKSA.
Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM telah berkunjung ke Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) bagi tujuan Lawatan Penanda Aras EKSA pada 15 Mei 2025. Delegasi seramai 14 orang ini diketuai oleh Encik Khairul Zainal Abidin, Penolong Pendaftar Kanan PKKSSAAS UPM.
Satu sesi taklimat perkongsian pelaksanaan EKSA di iDEC telah dikongsikan oleh Puan Azhana binti Abdullah, Penyelaras EKSA di iDEC. Selain itu, Puan Azhana juga telah membawa delegasi PKKSSAAS mengunjungi zon-zon utama yang berada di Putra Infoport UPM antaranya Blok Alpha, Beta dan Sigma.Secara keseluruhannya hasil daripada lawatan ini telah berjaya mendedahkan staf PKKSSAAS tentang pengurusan dan penyediaan keperluan yang terbaik dalam melaksanakan EKSA sama ada dari segi pentadbiran mahupun operasi.
Tarikh Input: 10/06/2025 |
Kemaskini: 10/06/2025 | kamarulhelmy
PERKONGSIAN MEDIA