EKSA Taklimat Mengenai Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kepada Warga PKKSSAAS | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » EKSA Taklimat mengenai ekosistem kondusif sektor awam (EKSA) kepada warga PKKSSAAS

EKSA Taklimat mengenai ekosistem kondusif sektor awam (EKSA) kepada warga PKKSSAAS

 

TAKLIMAT MENGENAI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) KEPADA WARGA PKKSSAAS

Oleh: Amirul Iskandar Abdul Razak

SERDANG – Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) telah menganjurkan satu taklimat perkongsian berkaitan pembudayaan amalan EKSA dengan tujuan mewujudkan kesedaran dan membudayakan amalan EKSA secara konsisten dalam kalangan warga PKKSSAAS. Taklimat tersebut disampaikan oleh fasilitator jemputan daripada Pusat Perhubungan Alumni UPM iaitu Puan Nik Hafzaini Nik Hassan. Taklimat ini bermula jam 10.00 pagi bertempat di Foyer Dewan Besar PKKSSAAS berkongsi tentang latar belakang 5S dan pengenalan EKSA, pelaksanaan EKSA, kriteria EKSA, pengauditan persijilan EKSA dan contoh amalan baik EKSA. Beliau telah berkongsi 5 perkara penting dalam penjenamaan semula 5S kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) adalah imej korporat, persekitaran kerja yang kondusif, kepelbagaian agensi, kreativiti serta inovasi dan amalan hijau. Pengisian taklimat ini memberikan contoh secara visual bagi membantu warga PKKSSAAS melaksanakan EKSA. Taklimat tersebut berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan sesi soal jawab bersama staf PKKSSAAS dan juga lawatan tinjauan ke setiap zon EKSA bagi mendapatkan saranan menambahbaik pelaksanaan EKSA untuk masa akan datang


  

  

 

Tarikh Input: 22/04/2021 | Kemaskini: 22/06/2021 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEbDA7~