Festival Rampai Tari Interkolej UPM 2024 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Festival Rampai Tari Interkolej UPM 2024

Festival Rampai Tari Interkolej UPM 2024

Panggung Percubaan UPM, 18 Mei 2024 - Festival Rampai Tari Interkolej UPM 2024 berlangsung dengan meriahnya di Panggung Percubaan UPM, Kolej Tan Sri Mustafa Babjee meraih gelaran juara keseluruhan di samping memenangi Anugerah Koreografi Terbaik dan Penari Lelaki Terbaik sekaligus membawa pulang Geran Aktiviti bernilai RM1000.
Pertandingan ini telah menyaksikan penyertaan sebanyak 10 kolej kediaman melibatkan kedua-dua kampus di UPM Kampus Serdang dan UPM Kampus Bintulu. Kolej Seri Rajang UPM kampus Bintulu turut hadir memberikan penampilan istimewa dan memberi persaingan sihat kepada peserta lain. Pada penganjuran kali ini, setiap kolej wajib mempersembahkan tarian yang merangkumi sama ada Zapin, Inang, Joget dan Asli. Panggung Percubaan dibanjiri lebih kurang 700 orang penonton yang datang menyaksikan dan memberi sokongan kepada rakan-rakan yang bertanding.
 
 
 
  
 
  
 
 
 
Naib Johan telah berjaya dirangkul oleh Kolej Tun Dr Ismail yang juga memenangi Anugerah Video Rapsodi Terbaik, sementara Tempat Ketiga dimenangi oleh Kolej Pendeta Za’ba yang turut memenangi Anugerah Penari Wanita Terbaik. Kolej Sepuluh pula telah dianugerahkan sebagai pemenang Anugerah Busana Terbaik.
En Husalshah Rizal Pengarah PKKSSAAS yang juga merupakan nadi utama penggerak perlaksanaan program ini berkata ianya salah satu inisiatif Pemerkasaan Seni Budaya dalam kalangan pelajar agar lebih memahami seni tari tradisional agar warisan persembahan ini tidak pupus ditelan zaman. Beliau turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar serta Bahagian Hal Ehwal Pelajar atas kerjasama menjayakan festival ini.

Tarikh Input: 29/05/2024 | Kemaskini: 29/05/2024 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 6040
+603 - 9769 6040
X, (03:23:33pm-03:28:33pm, 24 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]