Gema Simfoni 50 Tahun | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Gema Simfoni 50 tahun

Gema Simfoni 50 tahun

Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Gema Simfoni ‘50 Tahun UPM Gemilang’ sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 UPM yang dihadiri oleh Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman yang berlangsung pada 18 Disember 2021 sekitar jam 8.45 malam di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM.
   
Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Dato’ Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail; Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM, Prof. Dr. Nazamid Saari dan Pendaftar, En. Muhazam Mansor.
Program itu turut menampilkan penyanyi terkemuka tanah air Francissca Peter sebagai artist jemputan dan virtuoso biola UPM yang juga Pensyarah Jabatan Muzik, Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Prof. Madya Dr. Joanne Yeoh Pei Sze.
   
Gema Simfoni 50 Tahun UPM Gemilang turut melibatkan staf, pelajar dan alumni UPM sebagai penyanyi dan pemuzik dalam program tersebut.
Selain itu, program ini merupakan medium bagi UPM menzahirkan rasa kebertanggungjawaban dalam menjaga kebajikan dan kemaslahatan sejagat diwaktu memerangi pandemik COVID-19 dengan pembudayaan norma baharu dalam kehidupan. Seiring dengan hala tuju Universiti merujuk kepada Pelan Strategik UPM 2021-2025 pada Objektif Strategik 1, Matlamat ke-5: Memperkasakan Amalan Tadbir Urus, memfokuskan Kesejahteraan Warga UPM sebagai salah satu pengukuran prestasi.

  
 
Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada para penaja yang terdiri daripada Alumni UPM untuk program Gema Simfoni ‘50 Tahun UPM Gemilang’ atas tajaan untuk program ini.

Tarikh Input: 20/12/2021 | Kemaskini: 20/12/2021 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEdDAT~