Gotong Royong EKSA Zon Jati | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Gotong Royong EKSA Zon Jati

Gotong Royong EKSA Zon Jati

8 Mei 2024 - Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM telah menjalankan aktiviti Gotong Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bil. 4/2024. Fokus gotong-royong pada kali ini adalah di Zon Jati melibatkan ruang-ruang di Sudut OSH, Sulur dan Daun dan Surau (Dewan Besar).Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah mengemas dan menyusun semula stor di belakang Sudut OSH, di samping menyisihkan barang-barang lama yang tidak digunakan lagi.Selain daripada itu, staf juga bersama-sama mengindahkan kawasan Sulur dan Daun, mencabut rumput dan membuang daun-daun mati di kawasan tersebut. Kerja-kerja susun atur peralatan dan mengemas keempat-empat surau di Dewan Besar juga dilaksanakan agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan kondusif.
Ianya bertepatan dengan objektif EKSA iaitu mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat. Ia juga bertujuan membina budaya kerja positif berterusan dalam kalangan warga PKKSSAAS.
 
 
  
 

Tarikh Input: 21/05/2024 | Kemaskini: 21/05/2024 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 6040
+603 - 9769 6040
F, (10:39:40pm-10:44:40pm, 05 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]