GOTONG ROYONG PERDANA EKSA PKKSSAAS DI ZON JATI
Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM telah menjalankan aktiviti Gotong Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bil. 1/2025 pada 30 April 2025. Aktiviti gotong-royong kali ini memfokuskan di Zon Jati, kawasan perkarangan Dewan Besar serta kaunter Dewan Besar dan kawasan sekitarnya.Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah menyusun atur barangan di Stor Zon Jati, mengenalpasti barangan yang boleh dikitar semula, mengemas ruang kiri dan kanan perkarangan Dewan Besar serta membersihkan kawasan sekitar Dewan Besar.
Aktiviti ini bertepatan dengan objektif EKSA iaitu mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat. Ia juga bertujuan membina budaya kerja positif berterusan dalam kalangan warga PKKSSAAS.
Tarikh Input: 15/05/2025 |
Kemaskini: 15/05/2025 | kamarulhelmy
PERKONGSIAN MEDIA