Grand Finale Senada Putra: Suara Putraku 2023 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Grand Finale Senada Putra: Suara Putraku 2023

Grand Finale Senada Putra: Suara Putraku 2023

21 Mac 2023 - Panggung Percubaan, PKKSSAAS | Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Program telah menjayakan Program Grand Finale Senada Putra "Suara Putraku" 2023.
Penganjuran Grand Finale Senada Putra "Suara Putraku" ini melibatkan pelbagai lapisan komuniti kampus yang merangkumi staf pelaksana, felo kolej sebagai mentor, alumni UPM dan para pelajar yang terlibat di dalam persembahan itu sendiri.
Para finalis telah mengharungi dua pusingan iaitu "Battle Round" nyanyian lagu duet dan "Champion Round" yang mana hanya 6 peserta yang layak sahaja telah mara ke peringkat ini.
Berikut adalah keputusan penuh pertandingan:
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Johan : Aleesa Maisarah Mohd Naguib (KOSASS)
Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Dengan Kepujian
Naib Johan : Muhammad Adam Wafi Mohd Damaq Syarie (KTAG)
Bacelor Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan Dengan Kepujian
Tempat Ketiga : Muhammad Farhan Ahmad Nizam (KOSASS)
Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Dengan Kepujian
Saguhati Pertama : Nur Sarah Nabilah Zulhasbullah (K14)
Bacelor Ekonomi Dengan Kepujian 
Saguhati Kedua : Mohammad Alfyan Seydesi (KOSASS)
Bacelor Biokimia Dengan Kepujian
Saguhati Ketiga : Norsyafiqah Abdul Rahman (K10)
Bacelor Seni Bina Landskap Dengan Kepujian
Anugerah Mentorship Terbaik:
Nur Aina Fazwin Noordin (K10)
Anugerah Persembahan Duet Terbaik:
Norsyafiqah Abdul Rahman (K10) & Muhammad Farhan Ahmad Nizam (KOSASS)
Anugerah Vokal Terbaik:
Aleesa Maisarah Mohd Naguib (KOSASS)
Anugerah Persembahan Solo Terbaik:
Muhammad Adam Wafi Mohd Damaq Syarie (KTAG)
Tahniah kepada Saudari Aleesa Maisarah Mohd Naguib daripada Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) telah bergelar Juara Grand Finale Senada Putra "Suara Putraku" dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1000 berserta piala dan mock cheque.
 
 
 
 
Terima kasih kepada semua warga kampus yang terlibat untuk menjayakan Grand Finale Senada Putra "Suara Putraku" 2023!
Rakaman penuh sepanjang program ini boleh diakses menerusi Laman YouTube @ PKKSSAAS Channel.
 

Tarikh Input: 27/03/2023 | Kemaskini: 27/03/2023 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEdJAM~