Dewan Besar, PKKSSAAS UPM | 11 - 12 Mei 2024 (Sabtu - Ahad). Program Jom Masuk U 2024 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Besar, PKKSSAAS pada 11 - 12 Mei 2024. Program yang dianjurkan Bahagian Kemasukan dan Bahagian Tadbir Urus Akademik UPM ini telah menerima seramai lebih kurang 12000 orang pengunjung.
Turut dijemput sebagai tetamu VIP adalah Naib Canselor UPM YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah yang sekaligus merasmikan program Jom Masuk U Zon Tengah di samping menyampaikan ucapan berkaitan kebolehpasaran graduan dan peluang untuk mencapai masa depan yang cerah dengan melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi.
Tarikh Input: 21/05/2024 |
Kemaskini: 21/05/2024 | kamarulhelmy
PERKONGSIAN MEDIA